PENGURUSAN KAWASAN PERINDUSTRIAN
81) PENGURUSAN KAWASAN PERINDUSTRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kebanyakan kawasan perindustrian lama terutamanya kawasan perindustrian di dalam kawasan DUN Balakong mengalami masalah kekurangan peruntukan untuk membaiki atau menaiktaraf infrastruktur mereka kerana kawasan-kawasan ini belum diserah balik ke PBT dan hanya bergantung dengan peruntukan Persatuan Pengilang sekiranya kawasan tersebut mempunyai persatuan sebegitu. Apakah usaha yang boleh dilakukan oleh pihak Kerajaan demi membantu dalam keadaan sebegini?
Persatuan Pekilang Industri Kampung Baru Balakong dibenarkan membuat penyerahan infrastruktur secara berperingkat kepada pihak MPKj. Pihak Persatuan dikehendaki mematuhi syarat-syarat MPKj semasa permohonan penyerahan infrastruktur.
