PENGURUSAN KUTIPAN SAMPAH
74) PENGURUSAN KUTIPAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada kajian semula syarat lantikan kontraktor berdasarkan kelayakannya dengan keluasan Zon dan kepadatan penduduk?
- Sejak Kerajaan Negeri mengambil alih sepenuhnya pengurusan sisa pepejal daripada syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. Kerajaan Negeri melalui PBT telah bersedia untuk menyelesaikan masalah pengurusan sisa pepejal di Negeri Selangor. Sehubungan itu, setiap lantikan kontraktor telah disyaratkan di dalam tender adalah amat jelas sebelum lantikan dibuat melalui jawatankuasa tender dan dianggotai oleh Ahli Majlis yang terpilih sebagai pemerhati bagi memastikan perjalanan mesyuarat pemilihan berjalan dengan baik dan telus. Kontraktor yang dilantik oleh PBT adalah kontraktor yang berkelayakan dan mengikut syarat- syarat kelayakan di dalam tender. Antara kriteria pemilihan kontraktor adalah:-
- Syarikat mesti memiliki kekuatan logistik yang
- Mempunyai modal cair yang kukuh bagi mengelakkan sebarang masalah pengurusan.
- Mempunyai penyeliaan sepanjang tempoh kontrak dengan
- Mempunyai bukti bilangan pekerja yang mencukupi bagi setiap kawasan yang akan
Sekiranya ada pertambahan kerja (Verification Order) baru di kawasan lantikan kontraktor, Mesyuarat Lembaga Tender akan memutuskan kelulusan tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat tender dan tatacara kewangan.
