Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

96) PENGURUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kelang Central Ð Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah peniaga-peniaga dan pengurusan syarikat bas yang telah berlarutan sekian lama di tempat berkenaan?

    Di peringkat Majlis, pihak Majlis Perbandaran Klang sentiasa mengadakan perbincangan dan mesyuarat berkala di antara pemaju, peniaga-peniaga dan pengusaha bas dalam menangani semua masalah berkaitan. Peniaga dan pengusaha bas juga telah pun menubuhkan Persatuan Peniaga dan Pengusaha Bas di Klang Sentral bagi tujuan yang sama.

     

    Maklumat tambahan :

     

    Peniaga-peniaga

    1. Dalam tempoh jangka pendek pihak pemaju telah mengadakan Pesta Hiburan (Fun fair) selama 1 bulan mulai 1hb Mei, 2009 sehingga 31hb Mei, 2009 bagi menarik orang ramai ke Klang Sentral. Hasil daripada itu, telah memberi kesan yang positif kepada peniaga-peniaga di Klang Sentral.

     

    1. Majlis Perbandaran Klang dalam tindakan membuat Penggubalan Perintah Pengadaan Tempat Pemberhentian Kenderaan Awam. Pihak Majlis juga telah mencadangkan laluan-laluan baru untuk dipatuhi oleh operator-operator bas kepada pihak LPKP untuk pewartaan dengan perjumpaan pihak LPKP diadakan dari masa ke semasa.

     

    Pengurusan Syarikat bas

    1. Majlis Perbandaran Klang telah membuat perbincangan bersama dengan pihak LPKP bagi penentuan semula laluan trip semua pengusaha-pengusaha bas dari semua destinasi tempatan dan ekspres ke Klang Sentral. Temuduga di antara LPKP dengan Majlis dan pengusaha bas telah pun dijalankan pada 22hb Jun, 2009.

Lampiran

Tiada Lampiran.