PENGURUSAN REKOD DAN MAKLUMAT KAFA

205) PENGURUSAN REKOD DAN MAKLUMAT KAFA

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008 muka surat 32: ÒPada pendapat Audit, pengurusan rekod dan maklumat SIMPENI adalah tidak memuaskan. Penyelia KAFA hendaklah mengemas kini data pada setiap bulanÓ. Jabatan tidak memberi ulasan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor. Apakah punca-punca utama yang menjadi sebab kepada kelemahan ini?

    Sistem online telah dibangunkan oleh JAKIM untuk diguna oleh semua negeri di Malaysia. Walaubagaimanapun sisten ini mempunyai kelemahan dan sukar untuk diakses menyebabkan kerja mengemaskini data tidak dapat dilakukan seperti yang dikehendaki.

Lampiran

Tiada Lampiran.