PENGURUSAN SAMPAH
46) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan jangka masa pendek dan panjang Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu pengurusan sampah di Selangor?
- Antara pelan jangka masa pendek yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu pengurusan sampah di Selangor antaranya adalah seperti berikut:-
- Melaksanakan pengagihan tong sampah secara percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada penduduk di kawasan PBT sebagai langkah untuk meningkatkan kecekapan operasi kutipan sampah dan menyeragamkan tong sampah yang bersesuaian contohnya bermula dengan sebanyak 3000 unit tong sampah beroda berkapasiti 120 liter pada tahun 2015 dan sebanyak 15,500 unit tong sampah pada tahun 2016;
- Pada tahun 2016 juga, Kerajaan Negeri melaksanakan pengagihan tong sampah untuk kebuk sampah selongsor (chute) beroda bersaiz 378 liter secara percuma kepada kediaman kos rendah bertingkat sebanyak 1,000 unit bagi membantu Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang kurang mempunyai dana untuk membaiki tong sampah yang telah rosak dan pecah; dan
- Melaksanakan Program Jelajah Pengguna melalui Jawatankuasa Tetap Pengguna Negeri Selangor dengan kerjasama dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor di mana setiap PBT diperuntukkan sebanyak RM20,000 untuk melaksanakan program ini bermula pada tahun 2016. Pengisian program ini melibatkan pelbagai kempen-kempen kepenggunaan termasuk kempen 3R (Reduce, Re use & Recycle), Kitar Semula Minyak Masak Terpakai dan Pengurangan Pengunaan Beg
- Manakala pelan jangka masa panjang dalam meningkatkan pengurusan sisa pepejal oleh Kerajaan Negeri Selangor antaranya adalah seperti berikut:-
- Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan Kajian Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Negeri Selangor pada tahun 2014 bagi melihat model pengurusan sisa pepejal yang boleh digunapakai termasuklah pengurusan operasi kutipan sampah; pengurusan pelupusan sampah; keperluan teknologi pelupusan yang boleh diguna pakai dan kos-kos yang akan timbul;
- Kerajaan Negeri melalui MMKN ke 15/2014 pada 30 April 2016 juga bersetuju supaya semua PBT di Negeri Selangor menubuhkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam supaya pengurusan lebih teratur dan fokus bukan lagi bernaung di bawah Jabatan Kesihatan dengan menggunakan perjawatan dan kemudahan sedia ada;
- Kerajaan Negeri telah melaksanakan Projek Perintis Kitar Semula di empat
- (4) buah PBT (MBPJ / MPKj / MPAJ / MDHS) melibatkan kawasan kediaman landed, kos rendah bertingkat dan kawasan komersial pada tahun 2015 bagi mengkaji elemen penting dalam melaksanakan kitar semula yang berjaya, seterusnya pada tahun 2016 melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan telah menyusun plan tindakan (action plan) dalam pengurusan pengasingan sisa dalam skala yang kecil melibatkan dua
- PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan usahasama syarikat perunding iaitu PE Research Sdn. ;
- Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 8/2016 pada 2 Mac 2016 telah meluluskan cadangan bagi mewujudkan Project Management Company (PMC) sebagai pengurus bagi pelaksanaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara bersepadu di Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebagai projek perintis. Model ini akan diguna pakai di seluruh PBT di Negeri Selangor kelak sekiranya pelaksanaan projek perintis ini berjaya dilaksanakan di MPK; dan
- Manakala, dari segi pengurusan pelupusan sampah, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 17/2016 pada 18 Mei 2016 telah bersetuju supaya anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Worldwide Holdings Berhad (WHB) menerajui usaha untuk membangunkan dan melaksanakan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC) di Dengan adanya ISWMC ini, sisa pepejal yang dihasilkan di Negeri Selangor bukan hanya dapat dilupuskan, tetapi juga akan menjadi
- sumber kepada tenaga elektrik, penghasilan baja, kutipan barangan kitar semula dan lain-lain. Dalam jangka masa panjang, hal ini dapat menambah nilai kepada aktiviti ekonomi Negeri Selangor dan pada masa yang sama meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal negeri ini.
