Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

60) PENIPUAN TANAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Selangor telah membuat siasatan mengenai penipuan tanah yang melibatkan ratusan jutaan ringgit di Selangor. Sila senaraikan bilangan kes penipuan tersebut dan Pejabat Tanah yang terlibat ?

    Berdasarkan rekod terkini Pentadbiran ini, hanya terdapat 1 kes penipuan yang sedang
    diperingkat perbicaraan oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam.
    Pentadbiran Tanah Kerajaan Negeri Selangor telah menerima beberapa aduan
    berkaitan penipuan tanah. Walau bagaimanapun, kebanyakan aduan berada di
    peringkat siasatan dan masih belum terbukti kesahihan dakwaan tersebut. Terdapat
    juga sebilangan pengadu yang telah membuat laporan berhubung penipuan tanah bagi
    membolehkan siasatan ditangani segera oleh pihak Polis Di Raja Malaysia.
    Sehubungan dengan itu, Pentadbiran ini tidak dapat mengemukakan bilangan sebenar
    kes-kes penipuan tanah memandangkan ia melibatkan beberapa pihak seperti Polis Di
    Raja Malaysia, Badan Pencegah Rasuah dan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri
    Selangor. Pihak Y.B. Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang bolehlah
    mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bilangan kes-kes yang terlibat daripada pihakpihak yang tersebut di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.