Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

161) PENSTRUKTURAN SEMULA AIR SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bajet yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk projek penstrukturan air semula?

    a) dan b)

     

    Untuk makluman Yang Berhormat Teratai Kerajaan Negeri tidak menyediakan sebarang bajet bagi melaksanakan penstrukturan semula. Dalam membiayai kos pengambilalihan 100% kepentingan ekuiti di dalam syarikat-syarikat pemegang konsesi air iaitu SYABAS, Puncak Niaga, 20

     

    ABBAS dan juga SPLASH, ianya ditanggung oleh Air Selangor dengan memindahkan aset-aset air dan tanah yang bernilai sehingga 2 bilion ringgit kepada PAP dan proses ini telah pun disempurnakan untuk SYABAS, Puncak Niaga dan ABBAS dan seperti yang telah saya jelaskan secara terperinci baru-baru ini SPLASH diberi tempoh selama setahun sehingga September 2016 bagi memuktamadkan perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan pihak-pihak yang berkenaan. Berhubung dengan pandangan ataupun pertanyaan Yang Berhormat Teratai sama ada Program Air Percuma ini akan diteruskan, seperti kita sedia maklum yang telah pun diumumkan dalam Belanjawan 2016 Program Air Percuma akan diteruskan dan untuk  tahun 2016 telah pun dibajetkan sejumlah RM170 juta bagi maksud yang berkenaan kerana kita merasakan program ini telah memberikan manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya namun ianya sedang dipertingkatkan keberkesanannya seupaya seluruh rakyat di Negeri Selangor khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana dapat memanfaatkan daripada program ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.