PENUTUPAN KLINIK 1 MALAYSIA
192) PENUTUPAN KLINIK 1 MALAYSIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan melantik mana-mana klinik sebagai ganti kepada penutupan Klinik 1 Malaysia yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan?
Di Selangor pada masa ini terdapat 44 buah Klinik 1 Malaysia (K1M). Terdapat 3 K1M yang ditutup iaitu K1 M di Seksyen 24, K1M U5 dan K1M Damansara Damai kerana:
i. Memenuhi syarat-syarat penutupan yang telah ditetapkan oleh KKM. Syarat-syarat penutupan K1 M yang telah ditetapkan oleh KKM ialah seperti berikut:
- Kedatangan pesakit kurang dari 20 pesakit sehari
- Jarak Klinik 1 Malaysia dengan klinik kesihatan atau fasiliti kesihatan lain kurang dari 5 kilometer.
- Sewaan bulanan yang tinggi iaitu melebihi RM3,000.00 sebulan.
- Ketidak bersetujuan tuan tanah/pemilik bangunan dengan kadar sewa yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian.
- Mendapat persetujuan ketua masyarakat/wakil penduduk.
ii. Terdapat perkhidmatan klinik kesihatan yang berhampiran yang memberikan perkhidmatan yang lebih komprehensif: Klinik Kesihatan UTC, KD Kg Melayu Subang (naiktaraf perkhidmatan) dan Klinik 1 Malaysia Gugusan Semarak. Manakala K1M Rawang dalam proses pindah lokasi ke tempat yang baru kerana Ketidak bersetujuan tuan tanah/pemilik bangunan dengan kadar sewa yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian. Setakat ini tiada perancangan dari pihak KKM untuk melantik mana-mana klinik sebagai ganti kepada penutupan K1M.
