PENYAKIT GAYA HIDUP TIDAK SIHAT

96) PENYAKIT GAYA HIDUP TIDAK SIHAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Didapati ramai mengidap penyakit akibat gaya hidup tidak sihat seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis yang menjadi antara pembunuh nombor satu rakyat. Pada pandangan kerajaan negeri bagaimanakah gaya hidup masyarakat Selangor hari ini?

    Pada hari ini, rakyat telah mula ada kesedaran dan mengambil tindakan mengamalkan cara hidup sihat. Kita boleh lihat semakin ramai orang melakukan senaman dan berjoging.   Bilangan pusat-pusat kecergasan juga semakin bertambah akibat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat.

    Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) III (2006) di seluruh negara, termasuk negeri Selangor, menunjukkan :

    1. Prevalen merokok di kalangan penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas telah menurun sebanyak 2% berbanding NHMS II (1996).
    2. Kadar prevalen penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang hidup secara aktif adalah sebanyak 56.3%, berbanding NHMS II (1996) yang melaporkan sebanyak 42.5% penduduk Malaysia melakukan aktiviti senaman.
    3. Prevalen current drinker sebanyak 7.4% dan ex-drinker sebanyak 29.1% berbanding NHMS II (1996) yang melaporkan prevalen current drinker sebanyak 23.0% dan ex-drinker sebanyak 5.6%.

Lampiran

Tiada Lampiran.