PENYAKIT KENCING TIKUS (LEPTOSPIROSIS)
117) PENYAKIT KENCING TIKUS (LEPTOSPIROSIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jumlah kes penyakit leptospirosis yang dilaporkan sehingga Oktober 2013 ialah 134 kes dengan 7 kematian. Apakah kes penyakit Leptospirosis ini masih dalam perhatian yang serius oleh pihak kerajaan negeri?
Penyakit Leptospirosis memang diberi perhatian serius oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Sepanjang tahun 2013 sebanyak 1352 kes dilaporkan dengan 14 kematian (183 adalah kes sah dan 1169 adalah kes probable). Jumlah kes yang disahkan meningkat sebanyak 18% berbanding dengan kes yang disahkan pada tahun 2012 (154 kes) Antara tindakan yang dilakukan adalah seperti berikut:
- Semua kes yang memenuhi kriteria klinikal leptospirosis wajib dilaporkan dengan segera oleh semua pegawai perubatan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang
- Semua kes yang dilaporkan akan disiasat dengan segera oleh PKD. Siasatan adalah meliputi risiko jangkitan di rumah dan risiko jangkitan di mana kes telah pergi. Sampel persekitaran seperti sampel air, sampel tikus dan tanah akan diambil untuk
- Pendidikan kesihatan kepada semua yang terdedah berkaitan leptospirosis juga diberikan.
- Semua pemilik pusat rekreasi / perkhemahan /pusat latihan yang menyediakan atau ada aktiviti berisiko ( aktiviti yang ada kontak dengan air atau lumpur) akan diberi taklimat mengenai risiko jangkitan Leptospirosis oleh PKD masing-masing. Pemilik-pemilik ini juga diminta untuk mengedarkan risalah mengenai
Leptospirosis dan memaklumkan langkah-langkah pencegahan kepada pengunjung yang hadir.
- Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ingin mencadangkan supaya semua pusat rekreasi / pusat latihan / perkhemahan ini meletakkan tanda amaran atau signage. Kandungan dan tujuan signage ini adalah supaya para pengunjung sentiasa berjaga-jaga dan mengambil tindakan pencegahan yang sepatutnya bagi mengelak jangkitan leptospirosis ini. Semua pusat rekreasi/pusat latihan/perkhemahan diharap dapat berhubung dengan PKD masing-masing untuk urusan
Taburan kes Leptospirosis Mengikut Daerah di Selangor Tahun 2012 dan 2013
Pejabat Kesihatan
2012 2013 Kes Probable Kes Disahkan Makmal Kes Probable
Kes Disahkan Makmal Gombak 72 15 137 16 Hulu Langat 169 16 348 46 Hulu Selangor 60 33 63 25 Klang 180 21 36 29 Kuala Langat 19 15 27 0 Kuala Selangor 16 3 24 1 Petaling 181 24 481 35 Sabak Bernam 2 27 7 16 Sepang 7 0 46 15 Jumlah 706 154 (8) 1169 183 (14)
