PENYEBARAN WABAK CORONA VIRUS
145) PENYEBARAN WABAK CORONA VIRUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik kes Covid-19 di Selangor mengikut DUN dan berapakah perbelanjaan juga kategori yang telah digunakan untuk memerangi wabak?
Jawapan bagi Sub Soalan A dan B:
Jadual berikut menunjukkan statistik bilangan kes COVID 19 bagi Negeri Selangor Sehingga 30 Jun 2020 Mengikut Daerah.
Antara usaha berterusan yang dilaksana bagi memutuskan penyebaran COVID 19 adalah:
- Menjalankan ujian saringan secara berfokus dan berkala di sektor-sektor pekerjaan (tapak bina dan perladangan) yang menggaji pekerja warga asing
- Menjalankan saringan kumpulan berisiko seperti saringan di pasar, warga emas dan guru tadika/taska.
- Menjalankan engagement dengan para majikan serta pemantauan ketat secara multi-agensi bersama agensi luar seperti PDRM dan PBT di sektor-sektor pekerjaan ini bagi memastikan mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.
- Bagi kes-kes positif yang melibatkan warga asing, saringan kontak diperluaskan melibatkan kejiranan, kawasan tempat kerja dan tempat-tempat tumpuan warga asing dan tidak hanya tertumpu kepada kontak rapat sahaja.
- Bagi golongan pelarian atau PATI, kerjasama diwujudkan antara pihak Kesihatan dan agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengurusan golongan ini seperti Jabatan Imigresen, PDRM serta NGO-NGO bagi mengenalpasti keberadaan golongan ini untuk diambil tindakan seterusnya dijalankan ujian saringan ke-atas mereka.
- Bagi PATI yang ditahan, ujian saringan dijalankan bagi memastikan mereka bebas dari COVID-19 sebelum mereka dimasukkan ke pusat-pusat tahanan dan bercampur bersama tahanan yang lain.
- Saringan COVID 19 dijalankan di Pintu Masuk Antarabangsa (udara dan laut) bagi setiap pelawat yang memasuki negara.
- Mempergiat usaha pendidikan kesihatan COVID 19 berkenaan kaedah kawalan dan pencegahan melalui media massa dan elektronik dari masa ke semasa.
- Mewujudkan aplikasi SELangkah bagi memudahkan pengesanan kontek kes positif COVID 19.
