PENYEDIAAN RUMAH KOS RENDAH
190) PENYEDIAAN RUMAH KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Data menunjukkan projek perumahan kerajaan Negeri sepanjang tempoh 2008- 2012 adalah sebanyak 3 617 unit. Berapakah unjuran bilangan keperluan perumahan mengikut populasi rakyat Selangor sehingga kini?
- Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan berusaha untuk membantu dan member peluang kepada semua golongan di Negeri Selangor memiliki rumah. Ini selaras dengan Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama iaitu untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Berdasarkan data Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Kos Rendah (SPPR) di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sehingga kini terdapat 110,595 orang pemohon Rumah Kos Rendah (RKR) dan 2,228 orang pemohon Rumah Mampu Milik (RMM) iaitu hanya 2.3% daripada jumlah penduduk Negeri Selangor iaitu kira- kira 4,932,695 orang (berdasarkan kepada Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010) yang masih lagi menunggu tawaran rumah kos rendah di Negeri
