PENYELARASAN PENYEDIAAN DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR
130) PENYELARASAN PENYEDIAAN DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan sudah mempunyai One-Stop Centre untuk isu infrastruktur untuk tindakan pantas aduan penduduk?
Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan kepada semua PBT supaya mengambil tindakan ke atas aduan-aduan yang dikemukakan oleh penduduk jika aduan berkenaan adalah aduan yang sah dan munasabah. Setiap PBT telah menubuhkan Jawatankuasa Infrastruktur di mana isu-isu aduan berkaitan infrastruktur dibincangkan dalam mesyuarat ini dan keanggotaan adalah terdiri dari wakil Jabatan Peringkat Daerah iaitu Pejabat Daerah Dan Tanah, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS), JKR, Syarikat Utiliti, Ahli Majlis dan lain- lain jabatan yang
Selain itu, isu-isu ini turut dibincangkan dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.
