PENYELENGGARAAN DEWAN ORANG RAMAI DI BAWAH PEJABAT DAERAH KUALA LANGAT
91) PENYELENGGARAAN DEWAN ORANG RAMAI DI BAWAH PEJABAT DAERAH KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah Dewan Orang Ramai (DOR) yang masih diletakkan di bawah bidang kuasa dan penyelenggaraan Pejabat Daerah Kuala Langat sehingga sekarang.
Sehingga Disember 2019, sejumlah 26 Dewan Orang Ramai (DOR) yang masih diletakkan di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Langat. Daripada jumlah ini, 4 daripadanya terletak di DUN Telok Dato’, 3 dari DUN Tg. Sepat, 12 daripada DUN Morib dan 7 dari DUN Sijangkang.
