PENYELESAIAN SETINGGAN
77) PENYELESAIAN SETINGGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar dalam menyelesaikan masalah setinggan?
Dasar setinggan sifar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri sekarang, namun ia akan dilakukan secara lebih berhemah dengan mengambilkira pandangan semua pihak termasuk setinggan yang akan dipindahkan. Semua operasi perobohan telah dihentikan buat sementara waktu bagi membolehkan Kerajaan Negeri mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh setinggan-setinggan berkenaan sebelum diputuskan sama ada perobohan akan dijalankan atau dikekalkan di atas tapak. Kerajaan Negeri amat menitikberatkan kebajikan dan kemampuan kewangan setinggan sebelum dipindahkan ke penempatan baru.
Selain itu, Dasar Kerajaan Negeri masih mengekalkan mana-mana penempatan setinggan baru akan dirobohkan manakala penempatan setinggan sedia ada atau membawa kes ke mahkamah akan dipertimbangkan mengikut keperluan semasa selepas perbincangan dengan semua pihak terlibat diadakan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap operasi perobohan yang akan diadakan tidak memberi pandangan negatif kepada setinggan dan orang awam.
