Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
153) PENYERAHAN PENYELENGGARAAN DARIPADA PEMAJU KEPADA PBT KAWASAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan terhadap pemaju kawasan yang tidak membuat serahan penyelenggaraan kepada MDKS terlebih dahulu sebelum kemudahan fasiliti lengkap disiapkan?
Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengeluarkan surat peringatan kepada pemaju yang terlibat supaya membuat penyerahan kawasan yang melibatkan kemudahan infra dan kemudahan awam di kawasan pemajuan pemaju terlibat setelah tempoh kecacatan enam bulan selepas Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan dikeluarkan. Majlis Daerah Kuala Selangor juga tidak menyokong selagi segala keperluan dari segi keseluruhan pembangunan landskap yang tidak dilaksanakan dengan baik.