Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

216) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP PENGANGKUTAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah core business Standco ini?

    Core Business bagi Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor adalah untuk menjayakan penyelarasan pelaksanaan program-program dan projek pembangunan infrastruktur pengangkutan awam di Negeri Selangor bagi:

    • Merangka pelan dasar pengangkutan awam Negeri Selangor untuk mencapai ratio 60 : 40 iaitu 60 peratus (60%) penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam berbanding 40 peratus (40%) penggunaan kenderaan persendirian di kawasan bandar;
    • Menyelaras pelaksanaan jabatan dan agensi berkaitan pembangunan jaringan sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor, merancang penyediaan laluan pengangkutan awam yang lebih baik dengan meningkatkan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam yang lebih efisyen dan reliable serta mempunyai connectivity antara pengangkutan awam yang lain; dan
    • Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kawasan-kawasan bandar bagi mengurangkan aliran trafik kenderaan

Lampiran

Tiada Lampiran.