PERANCANGAN TERKINI MENARA TINJAU (LOOK OUT POINT) BUKIT AMPANG
184) PERANCANGAN TERKINI MENARA TINJAU (LOOK OUT POINT) BUKIT AMPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan terkini menara tinjau (look Out Point) Bukit Ampang?
Ampang Look Out Point (ALOP) terletak di kompartmen 79A dan 80, Hutan Simpan Hulu Langat seluas lebih kurang 7.04 hektar di bawah pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai salah satu destinasi pelancongan di Selangor disebabkan oleh lokasinya yang terletak di puncak bukit dengan pelbagai daya tarikan seperti menara pandang, restoran, kawasan istirahat yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah menyediakan satu Pelan Tindakan Pembangunan Ampang Look Out Point (ALOP) sebagai Pusat Kecemerlangan Hutan Negeri Selangor pada tahun 2016 yang akan dibangunkan melalui model pengurusan dan pembangunan secara kerjasama atau perkongsian pintar iaitu Public Private Partnership (PPP).
Pelan Tindakan Pembangunan Semula Ampang Look Out Point (ALOP) akan dibangunkan merangkumi aspek pembangunan fizikal yang mengutamakan konsep reka bentuk infrastruktur dan kemudahan yang diintegrasikan bersama elemen pentadbiran, latihan, arboretum, rekreasi, ekopelancongan, penyelidikan dan pendidikan alam semula jadi. Ia akan dijadikan sebagai salah satu destinasi utama ekopelancongan bertaraf dunia yang boleh menjana hasil secara berterusan disamping berperanan sebagai pusat penyaluran maklumat dalam bidang ekosistem semula jadi Hutan Hujan Tropika di Malaysia.
