Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

30) PERATUSAN AIR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peratusan air di kesemua empangan dalam tempoh 6 bulan dan apakah jaminan bahawa bekalan air yang dirawat mencukupi ?

    Terdapat tujuh (7) empangan di Negeri Selangor yang berfungsi untuk menakung air semasa musim hujan untuk digunakan sebagai bekalan air semasa musim kering atau kemarau. Berdasarkan pemantauan LUAS, status terkini sehingga 9 November 2012, didapati Empangan Batu, Sungai Langat, Tasik Subang dan Semenyih telah mencapai peratusan kapasiti simpanan takungan empangan maksimum 100%.  Manakala bagi Empangan Klang Gates adalah pada tahap 100%, Sungai Tinggi pada tahap 82.71% dan Sungai Selangor pada tahap 63.78%.

    Berdasarkan analisis data kapasiti simpanan takungan di tujuh (7) empangan di

    Negeri Selangor ini di dalam tempoh enam (6) bulan iaitu bermula pada bulan Mei hingga Oktober 2012, didapati beberapa empangan telah mengalami penurunan paras dan kapasiti takungan bermula pada bulan Jun sehingga September terutamanya Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi. Ini adalah operasi biasa empangan yang melepaskan air untuk keperluan loji pembersihan air (LPA) sewaktu musim kering.

    Walau bagaimanapun, kapasiti simpanan takungan setiap empangan mula meningkat pada bulan Oktober 2012 berikutan peningkatan kadar taburan hujan di kawasan tadahan empangan. Ini disebabkan peralihan daripada Monsun Barat Daya (Mei hingga September) yang lebih kering kepada Monsun Timur Laut (November hingga Mac) di mana kadar taburan hujan meningkat. Kesemua empangan berupaya membekalkan sumber air yang mencukupi kepada semua LPA di Negeri Selangor.

    Maklumat tambahan di Lampiran A

    Kerajaan sentiasa mengambil langkah positif untuk memastikan rakyat Selangor sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi dan masalah bekalan air tidak menjejaskan projek-projek pembangunan di Negeri Selangor. Justeru itu, beberapa projek sumber air tambahan telah pun dilaksanakan bagi memastikan sumber bekalan air adalah mencukupi, antaranya adalah seperti berikut:-

    No Nama Projek Kapasiti Tambahan (mld)
    2012 2013 2014 2015 Jumlah Nota
    1. Projek

    Pembangunan

    Loji Sg Labu

    45 60     105 Loji baru
    2. Projek.

    Peningkatan

    Kapasiti SSP1

      120     120 Meningkatkan keupayaan

    pengeluaran dari 760 JLH  kpd 950JLH

    3. BRH   25     25 Meningkatkan keupayaan

    pengeluaran dari 15.6 JLH  kpd 40.6

    4. Projek

    Pengagihan

    Semula Kapasiti

    SSP1

          50 50 Bagi mengagihkan semula lebihan air di Loji SSP 1 sebanyak

    120       JLH      kepada

    pengguna

    5. Pro.     Agihan SSP3       120 120 Bagi mengagihkan semula  lebihan air di Loji SSP 3 sebanyak

    120       JLH      kepada

    pengguna

    6. Pro. Agihan Loji Rasa       100 100 Bagi mengagihkan semula lebihan air di Loji SSP 1 sebanyak

    100       JLH      kepada

    pengguna

    7. Program NRW   49 52   101 Program menurunkan

    NRW

      Jumlah 45 254 52 270 621  

    Projek-projek mitigasi ini dijangka siap menjelang akhir 2014 dan dengan siapnya projek mitigasi ini, terdapat 621 JLH air terawat tambahan yang boleh diagihkan kepada pengguna.

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan operator loji pembersihan air seperti SPLASH, ABASS dan Puncak Niaga serta agensi yang terlibat dan Suruhanjaya Air Negara (SPAN) langkah-langkah mitigasi telah dilakukan seperti berikut:

    1. Hanya melepaskan air dari empangan berdasarkan keperluan optimum loji sahaja.
    2. Menjalin persefahaman yang mantap bagi semua pihak berkepentingan dalam mengurus sumber air supaya bekalan air bersih tidak terganggu.
    • Memantau paras air di muka sauk bagi memastikan kuantiti air yang dipam adalah mencukupi dan tidak memberi kesan ke atas operasi pam air mentah hingga mengakibatkan kegagalan.
    1. Sentiasa memantau dan bertindak sewajarnya sekiranya simpanan air mencapai tahap 50%.
    2. Masyarakat umumnya sentiasa diminta berjimat cermat terhadap penggunaan air sewaktu musim kemarau.

    Selain itu, LUAS sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan air di Negeri Selangor turut mengambil kira beberapa langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku masalah air di Negeri Selangor. Salah satu penyelesaiannya adalah penggunaan sumber air alternatif iaitu menggunakan air permukaan seperti air tasik, lombong dan sebagainya untuk keperluan harian. Sumber air bumi juga merupakan penyelesaian terhadap kekurangan bekalan air di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, sumber air bumi masih belum meluas penggunaannya dan perlu dikomersialkan.

    Kerajaan Negeri Selangor  menyedari kepentingan pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air. Kerajaan

    Negeri Selangor berpendirian bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor hendaklah dibincangkan bersekali supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mencapai persefahaman di dalam memuktamadkan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor berdasarkan kepada Model Holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mencapai kadar tarif yang munasabah yang tidak membebankan rakyat dan pada masa yang sama tidak membebankan operator air.

    Kerajaan Negeri Selangor sedia untuk mempertimbangkan kelulusan kepada pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tertakluk kepada:-

    1. Penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor dimuktamadkan;
    2. SPV milik Kerajaan Negeri Selangor dilantik sebagai operator bagi operasi dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air Langat 2, Loji Rawatan Air Sungai Labu dan semua loji rawatan air baru di masa hadapan; dan
    3. Pelawaan kepada syarikat milik negeri untuk menawarkan pembinaan kemudahan perawatan air Langat 2.

    Pada masa yang sama juga, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengamalkan sikap terbuka di dalam menggunakan teknologi terkini yang ada di pasaran seperti penggunaan ultra filtration, membrane technology Deionizing dan lainlain dalam usaha mencapai tujuan mendapatkan pengeluaran air yang maksimum dari segi kuantiti di samping kualiti yang terbaik.

    kuantiti di samping kualiti yang terbaik.

     

    LAMPIRAN A

          KAPASITI SIMPANAN TAKUNGAN – Peratus (%) & Juta Meter Padu (Mm3)  
    BIL EMPANGAN Mei Jun Julai Ogos Sept Okt 9  Nov
    % Mm3 % Mm3 % Mm3 % Mm3 % Mm3 % Mm3 % Mm3
    1 SG.SELANGOR 100.00 227.89 92.14 211.91 80.14 184.31 65.82 150.7 54.87 126.19 59.19 136.13 63.78 146.70
    2 SG.TINGGI 100.99 123.71 95.66 117.18 88.86 108.85 81.52 100.21 76.35 93.80 78.28 95.89 82.71 101.17
    3 KLANG GATES 100.00 32.00 100.00 32.00 95.52 30.57 90.30 28.90 85.79 27.45 90.30 28.90 100.00 32.00
    4 SG.LANGAT 100.00 37.48 100.00 37.48 99.09 37.14 100.00 37.48 92.19 34.55 99.49 37.29 100.00 37.48
    5 BATU 98.40 33.06 99.33 33.37 97.90 32.89 97.20 32.66 95.97 32.25 100.00 33.60 100.00 33.60
    6 TASIK SUBANG 98.96 3.46 100.00 3.50 92.33 3.23 85.61 2.99 82.61 2.89 100.00 3.50 100.00 3.50
    7 SEMENYIH 100.44 59.33 100.19 59.18 100.19 59.18 98.68 58.25 100.19 59.18 100.19 59.18 100.00 59.18

    KAPASITI SIMPANAN TAKUNGAN EMPANGAN DI NEGERI SELANGOR DARI BULAN MEI SEHINGGA 9 NOVEMBER 2012

     

Lampiran

Tiada Lampiran.