PERCAMBAHAN RUMAH URUT DAN PUSAT PERMAINAN VIDEO
162) PERCAMBAHAN RUMAH URUT DAN PUSAT PERMAINAN VIDEO
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Masalah sosial ini terus membelenggu penduduk negeri ini. Walau pun masalah yang dihadapi ini telah wujud sejak dahulu lagi, namun usaha untuk membanteras atau menghapuskannya telah dijalankan secara agresif. Namun demikian, sejak kebelakangan ini masalah tersebut nampaknya seperti tidak dapat ditangani lagi. Sekiranya tiada tindakan yang agresif diambil, masalah ini akan terus menghantui penduduk negeri ini. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah sosial ini?
Kerajaan Negeri telah pun mengambil tindakan seawal tahun 2008 lagi dengan membekukan semua lesen Pusat Penjagaan Kesihatan atau dikenali sebagai rumah urut dan lesen hiburan. Perkara ini masih dipantau secara serius oleh Kerajaan Negeri dengan bantuan PBT bagi memastikan gejala sosial dapat dikawal.
