Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

35) PERDAGANGAN DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah perdagangan Selangor di luar negara pada tahun 2012-2014.

    Secara dasarnya jumlah perdagangan Selangor di luar Negara tidak dapat diukur kerana tidak ada mekanisme khusus untuk mengesan jumlah perdagangan antara Negeri Selangor dengan negeri-negeri lain seperti sistem percukaian yang terlibat. Pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Jabatan Statistik tidak merekodkan jumlah perdagangan mengikut pecahan negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.