Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

79) PERHENTIAN BAS BANDAR KLANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perhentian bas di Bandar Klang masih digunakan. Perhentian bas ini tidak mempunyai tempat yang cukup untuk bas berhenti dan sebahagian daripada pemandu bas tidak mematuhi peraturan. Ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut dan ia juga merupakan salah satu punca kesesakan jalan raya di Bandar Klang. Apakah pandangan kerajaan terhadap hal ini?

    Kerajaan negeri bersetuju operasi bas dipindahkan ke Terminal Bas Klang Sentral dan hentian bas lama ditukar untuk menjadi ‘ pick – up point’ sahaja. Mulai dari 27 Disember 2008, hentian bas telah berpindah ke Terminal Bas Klang Sentral di Jalan Meru.Petak-petak yang disediakan adalah mencukupi jika syarikat bas mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu tidak menunggu terlalu lama di petak yang disediakan oleh bas-bas destinasi yang dibenarkan sahaja memasuki ‘pick-up point’ berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.