PERHUBUNGAN AWAM NEGERI SELANGOR
212) PERHUBUNGAN AWAM NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mempromosi program kerajaan dan meningkatkan imej Kerajaan Negeri Selangor? Sila berikan butir-butir
Pihak Kerajaan Negeri telah melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu
(HBPB) dua kali setahun sebagai salah satu ‘platform’ untuk mempromosikan Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap jabatan atau agensi.
Kaunter Program MES juga telah dibuka di perkarangan jabatan-jabatan/ agensi di bawah Kerajaan Negeri yang terpilih di samping mengedarkan risalah-risalah berkaitan dengan Program MES.
Mempromosikan Program MES di billboard di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
