PERINCIAN PERKHIDMATAN MASYARAKAT

189) PERINCIAN PERKHIDMATAN MASYARAKAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perincian perkhidmatan masyarakat yang diumumkan dalam Bajet 2017 bernilai RM65 juta

    Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan perkhidmatan masyarakat berjumlah RM63.44 juta dan perincian perbelanjaan adalah bagi tujuan seperti berikut:

    • Sebanyak RM1,100,000.00 kepada 12 Ahli Dewan Negeri (ADN) Kerajaan merangkap Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah RM13.2 juta;
    • sebanyak RM800,000.00 kepada 31 Ahli Dewan Negeri Kerajaan melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah RM24.8 juta;
    • sebanyak RM600,000.00 pula kepada 13 Pegawai Penyelaras DUN yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah RM7.8 juta;
    • sebanyak RM200,000.00 kepada 13 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah RM2.6 juta;
    • sebanyak RM150,000.00 kepada dua (2) Ahli Dewan Negara Negeri Selangor melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah RM300,000.00;
    • sebanyak RM300,000.00 kepada 17 Ahli Parlimen Negeri Selangor melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah RM5.1 juta;
    • sebanyak RM300,000.00 kepada lima (5) Pegawai Penyelaras Parlimen Negeri Selangor melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah RM1,500,000.00; dan
    • sebanyak RM10,000.00 kepada 494 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tradisi, Kampung Baru dan Ketua Komuniti India melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah RM4,940,000.00.

    Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada semua Pejabat Daerah dan penggunaan peruntukan adalah selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor yang sedang berkuat kuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.