PERKEMBANGAN INDUSTRI DI DAERAH KUALA SELANGOR

183) PERKEMBANGAN INDUSTRI DI DAERAH KUALA SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Peluang pekerjaan di Daerah Kuala Selangor kurang dan usaha -usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan mestilah di mulakan. Jika sektor perindustrian dimajukan ,ia akan memberi peluang pekerjaan kepada lebih kurang 5000 belia di daerah ini. Malah kawasan IKS di Bandar Kuala Selangor yang dimajukan oleh PKNS tidak berjaya dan sebahagian besar daripada tapak ditinggalkan tanpa sebarang aktiviti. Ini adalah kerana sewa yang tinggi dikenakan kepada penyewa. Apakah langkah -langkah untuk memulihkan sektor IKS di Daerah Kuala Selangor?

    Dalam pelan pembangunan bagi tapak yang dimajukan oleh PKNS di Bandar Kuala Selangor, PKNS telah menyediakan 5 lot tapak industri seluas 11.82 ekar untuk industri IKS. Dari jumlah berkenaan, 1 lot (2.97 ekar) telah dijual kepada Syarikat Medidata Sdn Bhd yang akan mengeluarkan produk Pharmaceutical. Mengikut perancangan pihak Medidata Sdn Bhd, operasi syarikat dijangka bermula pada bulan Jun 2012 yang akan menyediakan 500 – 1,000 peluang pekerjaan.  PKNS akan berusaha mempromosikan baki tapak industri bersamasama Selangor State Investment Co. (SSIC) bagi menarik lain-lain pelabur IKS untuk menrancakkan lagi ekonomi di Bandar Kuala Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.