PERKHIDMATAN PEMBACA METER AIR SELANGOR DAN DISKAUN BIL AIR
45) PERKHIDMATAN PEMBACA METER AIR SELANGOR DAN DISKAUN BIL AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Memohon penjelasan pihak Air Selangor kenapa tidak membuat bacaan meter air semasa PKP?
Pengurusan Air Selangor mengambil pendekatan untuk tidak membuat bacaan meter semasa PKP sebagai langkah mencegah dan menjaga keselamatan kakitangannya daripada terdedah kepada jangkitan virus COVID 19. Hanya kakitangan yang benar-benar terlibat dengan pengagihan air sahaja dibenarkan bertugas di lapangan bagi memastikan perkhidmatan bekalan air kepada pelanggan tidak terjejas.
