PERKHIDMATAN PERAWATAN DOMISILIARI
203) PERKHIDMATAN PERAWATAN DOMISILIARI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah matlamat dan objektif pelaksanaan program ini?
Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD) adalah satu perkhidmatan perawatan holistik yang diberikan kepada kes terlantar yang stabil dan memerlukan kesinambungan penjagaan serta perawatan selepas discaj dari hospital atau rujukan dari klinik kesihatan.
OBJEKTIF UMUM
Untuk membantu dalam perawatan dan penjagaan pesakit yang terlantar di rumah ke arah meningkatkan kualiti hidup pesakit.
OBJEKTIF KHUSUS
- Membantu pesakit meneruskan rawatan dan penjagaan di rumah sebagai kesinambungan rawatan selepas discaj dari hospital.
- Memberi tunjuk ajar kepada pesakit dan keluarga bagi meningkatkan penjagaan kendiri.
- Menggalakan penyertaan keluarga dan masyarakat dalam pengendalian pesakit terlantar bagi mengurangkan kemasukan semula ke hospital.
