PERLABURAN ANTARABANGSA
127) PERLABURAN ANTARABANGSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status dan berapakah jumlah pelaburan antarabangsa di Negeri Selangor setakat ini?
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2016, sebanyak 51 projek perkilangan telah diluluskan MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 914,638,258. Dari jumlah ini sebanyak RM 436,443,339 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 478,194,919 daripada pelaburan asing. Sebanyak 2,933 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan hasil daripada projek-projek perkilangan yang telah diluluskan.
Berdasarkan jumlah nilai pelaburan yang dicatatkan menunjukkan penglibatan pelabur asing masih aktif di Negeri Selangor dimana separuh daripada jumlah nilai pelaburan yang diluluskan dalam sektor perindustrian adalah daripada pelaburan asing iaitu sebanyak RM 478,194,919.
Antara projek perkilangan yang diluluskan di Selangor mengikut penglibatan pelabur asing adalah seperti berikut;-
Negara
Projek
Peluang Pekerjaan Modal Pelaburan Asing (RM) Singapore 4 687 191,830,823 United Arab Emirates (UAE)
1
35
69,256,700
Germany 1 106 52,909,375 Italy 1 101 52,050,000 Switzerland 1 52 44,191,000 India 1 77 38,609,845 Hong Kong 1 68 6,233,850 Netherlands 1 76 6,120,000 Japan 3 36 3,034,598 United Kingdom 1 7 2,420,600 British Virgin Island 1 2 2,178,831 Korea Rep. 1 2 319,802 Lain – Lain Negara 6 734 9,039,496 Jumlah *** *** 478,194,920 * Sumber : MIDA
