Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
188) PERMOHONAN PERUNTUKAN OLEH TOURISM SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan permohonan peruntukan yang dikemukakan oleh Tourism Selangor kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2016.
Tourism Selangor telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelancongan (Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Selangor) melalui permohonan bertulis, bertarikh 15 Mac Sejajar dengan lawatan yang telah dilakukan oleh YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ke Negeri Selangor pada tahun 2015 di Hulu Selangor dan Klang, serta pada tahun 2016 lepas di sekitar Daerah Sabak Bernam.
Bersama Tourism Selangor beberapa PBT dan agensi turut mengemukakan permohonan peruntukan seperti yang berikut :
BIL.
AGENSI
PROJEK PERMOHONAN
ANGGARAN PERMOHONAN PERUNTUKAN (RM)
1.
Tourism Selangor
i. Menaiktaraf Chongkak Park & Resort
ii. Membaiki dan menaiktaraf Rumah Rehat Sri Berkat
7.668 juta
2.
Majlis Perbandaran Klang
i. Menaiktaraf kemudahan Royal Klang Heritage Walk
ii. Pembangunan Kemudahan Pelancongan di Pulau Ketam
2.2 juta
3.
Majlis Daerah Hulu Selangor
i. Menaiktaraf The Gap
ii. Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan Hutan Pendidikan Kuala Kubu Bharu
iii. Menaiktaraf Bandar Kuala Kubu Bharu, Warisan Bandar Taman
vi. Menaik Taraf Balai Bomba Lama Kuala Kubu Bharu
v. Menaiktaraf Labour Lines ,
Bukit Fraser
vi. Pembinaan Kemudahan Pelancongan di lokasi Bersejarah Darurat Pembangunan Sir Henry Gurney
17.947 juta
4.
Majlis Daerah Sabak Bernam
i. Menaiktaraf Pusat Pemerhatian Kelip-Kelip Sg Pakeh
ii. Menaiktaraf Pusat Konservasi Burung Enggang
iii. Menaiktaraf Pantai Redang
4.5 juta
5.
Galeri Diraja Klang
i. Menaiktaraf Ruang Pameran dan Setor Penyimpanan Galeri Diraja
2.5 juta
JUMLAH (RM):
34.815 juta