Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

26) PERMOHONAN TANAH UNTUK SJKC DAN SJKT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan untuk permohonan tanah untuk SJKC San Yuk, SJKC Chap Kuan dan SJKT Rawang untuk kegunaan sekolah?

    Perkembangan permohonan tanah untuk SJKC San Yuk, SJKC Chap Kuan dan SJKT Rawang untuk kegunaan sekolah seperti berikut:

    SJKC San Yuk

    Berdasarkan rekod, tiada sebarang permohonan pemberimilikan diterima oleh mana-mana pihak behubung tapak tersebut.

    SJKC Chap Kuan

    Terdapat dua (2) permohonan pemberimilikan diterima pada tahun 2018. Rujukan nombor fail adalah PTG.2/2/743/2018 dan PTG.2/2/770/2018. Kedua-dua fail tersebut adalah dalam tindakan penyediaan laporan tanah oleh Penolong Pegawai Tanah.

    SJKT Rawang

    Permohonan pemberimilikan diterima pada tahun 2015. Rujukan nombor fail adalah PTG.2/2/966/2015. Hakmilik telah dikeluarkan pada tahun 2018. Nombor hakmilik adalah HS(D)87317 PT9490.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.