PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR

72) PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kehadiran pengunjung ke perpustakaan awam dari 2014-2016

    Perpustakaan Awam Selangor mempunyai 98 pusat perkhidmatan diseluruh Selangor yang terdiri daripada satu (1) Perpustakaan Pusat iaitu Perpustakaan Raja Tun Uda, tujuh (7) perpustakaan daerah, empat (4) perpustakaan cawangan, sepuluh (10) perpustakaan pekan, tujuh puluh satu (71) perpustakaan desa dan lima (5 ) perpustakaan bergerak.

    Dengan penerapan konsep penjenaman semula, Perpustakaan telah mendapat sambutan yang semakin meningkat setiap tahun. Jumlah pengunjung  pada tahun 2014 adalah 1,575,362 juta pengunjung, tahun 2015 1,457,450 juta ( menurun 7% disebabkan 4 perpustakaan ditutup selama 2 bulan bagi kerjakerja menaik taraf iaitu Perpustakaan Desa Kuang, Desa Jenjarom, Desa Parit Mahang dan Desa Parit Baru). Pada tahun 2016 jumlah pengunjung meningkat kepada 1,722,595 juta (peningkatan 18%).

Lampiran

Tiada Lampiran.