Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

74) PERTANIAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri, untuk menarik pelabur asing/tempatan secara besar-besaran dalam sektor pertanian?

    Antara langkah-langkah dan strategi yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur asing/tempatan secara besarbesaran termasuk dalam sektor pertanian adalah seperti berikut;-

    1. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
    2. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
    3. Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah.
    • Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Penambahbaikan fungsi SSIC Berhad bagi memantapkan keupayaan dalam memberi perkhidmatan.
    • Pemantauan yang lebih kerap untuk projek-projek yang sedang dilaksanakan.
    • “Hand hold” program.
    • Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara bagi mempromosikan peluang-peluang pelaburan di negeri Selangor.
    • Bekerjasama dengan pihak swasta bagi menarik pelaburan dari luar negara.

    Memandangkan keluasan tanah pertanian yang terhad di negeri ini, kita lebih menumpukan atau menggalakkan kepada industri yang boleh memberi nilai tambah kepada sektor pertanian, industri hiliran dan aktiviti perkilangan yang berasaskan pertanian.

Lampiran

Tiada Lampiran.