PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGOS)
203) PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGOS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila kategorikan NGO (mengikut jenis) yang dibantu oleh Selangor dari peruntukan negeri sebanyak RM500 ribu
Program Bantuan Sumbangan Kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) tidak dikhususkan mengikut jenis NGO. Program ini adalah terbuka kepada NGO – NGO di seluruh Negeri Selangor yang berdaftar di bawah Registry Of Society (R.O.S) mengikut ketetapan garis panduan sedia ada. Walau bagaimanapun, keutamaan permohonan adalah diberikan kepada NGO – NGO yang melaksanakan program atau aktiviti kebajikan yang bersasarkan anak yatim, ibu tunggal, orang tua dan orang kurang upaya (OKU). Seperti Yang Berhormat Kajang sedia maklum, peruntukan sebanyak RM500,000.00 telah dibajetkan di bawah program ini pada setiap tahun di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin. Walau bagaimanapun, bagi tahun 2017, peruntukan ini telah dipecahkan kepada lima (5) portfolio di bawah Jawatankuasa berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) seperti berikut :-
PORTFOLIO PERUNTUKAN Kerajaan Prihatin RM100,000.00 Kebajikan RM100,000.00 Pembangunan Generasi Muda RM100,000.00 Pendidikan RM100,000.00 Hal Ehwal Agama Islam RM100,000.00 JUMLAH RM500,000.00
