PERUBATAN PERCUMA WARGA EMAS

72) PERUBATAN PERCUMA WARGA EMAS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah statistik terkini pemberian khidmat perubatan percuma kepada warga emas?

    Kerajaan Negeri tidak mempunyai program khusus bagi khidmat perubatan percuma kepada warga emas. Namun,Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor Kerajaan Negeri telah membantu ramai pesakit termasuk warga emas yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan bantuan dan rawatan

    Diantara bantuan yang di sediakan dibawah program ini ialah Dialisis, Katarak Mata, Pembedahan Kecil, Lain-lain Rawatan dan Kaki Palsu. Data menunjukkan 94% penerima bantuan program ini adalah terdiri daripada warga emas. Jumlah kelulusan adalah bergantung kepada bantuan yang diluluskan iaitu yang menepati syarat-syarat bantuan dan baki peruntukan yang masih ada.

    Oleh yang demikian, ingin saya jelaskan di sini bahawa Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor adalah untuk seluruh rakyat Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.