PERUMAHAN LUAR BANDAR
137) PERUMAHAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar kerajaan negeri bagi penyediaan rumah di kawasan luar bandar?
Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai dasar khusus untuk pembangunan perumahan di kawasan luar bandar. Ini kerana dasar perumahan yang digunapakai sama ada kawasan bandar atau luar bandar adalah sama iaitu Dasar Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangorku). Berdasarkan Dasar Rumah Selangorku ini, keperluan bagi penyediaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) yang harga jualannya dari RM42,000.00 hingga RM250,000.00 jenis dan saiz adalah ditentukan berdasarkan kawasan pembangunan perumahan yang mana dipecahkan kepada tiga (3) Zon iaitu Zon 1, Zon 2 dan Zon 3. Pecahan Zon ini dibuat bagi memastikan pengagihan dan pembinaan dapat dijalankan secara seimbang mengikut kesediaan pembangunan di mana kemudahan pengangkutan, kemudahan awam dan infrastruktur telah tersedia. Setiap zon tersebut pula akan dipecahkan mengikut keluasan tapak cadangan pembangunan untuk ditentukan penyediaan Rumah Selangorku yang perlu dibina.
