Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

97) PERUMAHAN MARHAEN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah rumah yang telah dibina di bawah portfolio kerajaan prihatin untuk orang miskin di kawasan DUN SELAT KLANG?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin adalah berperanan untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan sebuah rumah yang selesa dan selamat untuk didiami di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Program ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dimana jumlah pendapatan seisi rumah adalah dibawah RM1,500.00 sebulan. Bantuan ini diutamakan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan yang ramai, menduduki rumah yang daif dan tidak selamat untuk diduduki. Di bawah Program ini, kelulusan bagi sesebuah rumah adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan.

     

    Kelulusan yang diberi melibatkan 9 buah daerah di Negeri Selangor dan tidak dipecahkan mengikut kawasan DUN. Dun Selat Klang terletak di bawah daerah Klang. Golongan miskin yang telah menerima bantuan rumah bagi daerah Klang di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah  seramai 181 orang sejak tahun 2008 sehingga kini. Jumlah penerima bantuan bina baru rumah sebanyak 120 orang dan bantuan baikpulih rumah sebanyak 61 orang.

    Kerajaan Negeri telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM4,453,222.24 dari tahun 2008 sehingga kini dalam membantu golongan sasaran ini demi memberi bantuan terbaik. Berikut adalah jadual pecahan jumlah penerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin di daerah Klang dari tahun 2008 hingga  2015 :-

     

     

     

    BIL

     

    TAHUN

    BANTUAN YANG DITERIMA  

    JUMLAH

    BINA BARU BAIKPULIH
     

    1

     

    2008

    20 orang RM446,000.00 10 orang

     

    62,000.00

    30 orang RM508,000.0 0
     

    2

     

    2009

    31 orang RM853,882.00 13 orang RM106,000.00 44 orang RM959,882.0 0
     

    3

     

    2010

    14 orang RM476,340.24 9 orang RM180,000.00 23 orang RM656,340.2 4
     

    4

     

    2011

    15 orang RM438,000.00 13 orang RM260,000.00 28 orang RM698,000.0 0
     

    5

     

    2012

    2 orang RM70,000.00 2 orang RM70,000.00
     

    6

     

    2013

    29 orang RM926,000.00 9 orang RM180,000.00 38 orang RM1,106,000

    .00

    7 2014 1 orang RM35,000.00 1 orang RM20,000.00 2 orang RM55,000.00
     

    8

     

    2015

    8 orang RM280,000.00 6 orang RM120,000.00 14 orang RM400,000.0 0
    JUMLAH KESELURUHAN 120 orang RM3,525,222.24 61 orang RM928,000.00 181 orang RM4,453,222

    .24

     

Lampiran

Tiada Lampiran.