PERUMAHAN PJS1, RUMAH PANJANG

177) PERUMAHAN PJS1, RUMAH PANJANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kes perobohan rumah panjang PJS1, jelas menunjukkan tindakan pemaju yang engkar dan tidak mementingkan perumahan kos rendah untuk rakyat. Adakah Kerajaan Negeri ingin memperkenalkan beberapa polisi baru yang dapat mengawal pemaju-pemaju agar mereka tidak lari dari tanggungjawab sosialnya dan membina rumah kos rendah terlebih dahulu sebelum projek pembangunan lain di luluskan ?

    1. Pihak Berkuasa Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan perlu mensyaratkan kepada pemaju supaya membina Rumah Kos Rendah terlebih dahulu atau serentak dengan pembangunan lain setelah meluluskan skim pembangunan yang mempunyai perumahan kos rendah.
    2. Pihak Berkuasa Tempatan diminta tidak menerima pelan pembangunan lain dalam skim pembangunan pihak pemaju sekiranya mereka masih belum memulakan pembinaan Rumah Kos Rendah dalam skim pembangunan atau pembinaan Rumah Kos Rendah yang tidak disiapkan mengikut jadual.

Lampiran

Tiada Lampiran.