Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

125) PERUMAHAN UNTUK BEKAS PEKERJA LADANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah skim sedia ada atau perancangan Kerajaan untuk menolong bekas pekerja ladang, terutamanya yang bersara untuk mencari dan membiayai perumahan baru kerana mereka perlu pindah keluar daripada ladang?

    Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik cadangan Y.B. Tuan berhubung perancangan untuk membantu bekas pekerja ladang terutamanya yang bersara untuk mencari dan membiayai perumahan baru. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri setakat ini belum mempunyai perancangan khusus untuk membantu bekas pekerja ladang yang telah bersara untuk mendapatkan rumah selepas mereka

    Namun begitu, di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah dan inisiatif dalam menangani masalah ini dengan melaksanakan beberapa siri lawatan dan turun padang ke ladang – ladang di seluruh Negeri Selangor bagi mendapatkan maklum balas, pandangan dan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang berkenaan bagi membantu menjaga kebajikan pekerja ladang dan secara tidak langsung dapat meringankan beban yang dihadapi dari segi kewangan, pendidikan, sosial serta membantu dalam menyuarakan permasalahan yang dihadapi demi mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan manfaat kepada semua pihak.

    Hal ini dapat dilihat apabila Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah membantu para pekerja ladang dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dengan membuat lawatan turun padang dari ladang ke ladang. Di bawah portfolio Pekerja Ladang juga, beberapa sesi perbincangan bersama majikan pekerja ladang telah diadakan dalam mengekalkan fasiliti sedia ada seperti tapak rumah ibadat serta sekolah-sekolah di kawasan estet sebagai kemudahan pekerja mereka itu sendiri.

    Nasib pekerja ladang senantiasa dititik beratkan bagi mendapatkan kediaman yang selesa untuk mereka mendiami seperti contoh :

    • Ladang Bukit Rajah – Seramai 75 keluarga telah dibantu dalam memiliki rumah teres satu tingkat dengan harga diskaun di bawah portfolio Pekerja Ladang. Selain itu juga, Portfolio Pekerja Ladang telah membantu mereka untuk mendapatkan tapak kuil sebagai kemudahan kepada mereka ;

     

    • Ladang Bangi – Seramai 22 orang pekerja ladang telah dibantu bagi mendapatkan persetujuan oleh majikan mereka dalam membina rumah kos rendah dan kos ditanggung oleh majikan itu sendiri ;

     

    • Taman Permata Dengkil – Seramai 393 orang pekerja ladang telah dibantuk bagi mendapatkan tapak untuk pembinaan

     

    • Ladang Semenyih – Seramai 22 orang pekerja ladang telah mendapat manfaat berdasarkan perbincangan bersama majikan dan mereka bersetuju untuk membina 22 buah rumah kepada pekerja ladang serta memberikan tapak rumah ibadat ; dan

     

    • Ladang tumbok – Seramai 12 orang telah diberi bantuan untuk mendapatkan

    Portfolio Pekerja Ladang masih meneruskan perbincangan sebegini demi memastikan hak dan kebajikan pekerja ladang dijaga. Dengan cara begini, boleh dikatakan satu pencapaian yang agak besar oleh Kerajaan Negeri melalui peningkatan terhadap jumlah pekerja ladang yang dibantu dari tahun- tahun sebelum ini. Hal ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan di bawah portfolio Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang dalam membantu mengatasi masalah pemilikan dan rumah kediaman yang dihadapi oleh pekerja ladang secara tidak langsung.

    Sehubungan dengan itu, di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan bina baru rumah serta bantuan baikpulih rumah melalui Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Program ini adalah terbuka kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor dan tidak terkecuali kepada bekas pekerja ladang.

    Di bawah program ini, Kerajaan Negeri telah membantu beberapa bekas pekerja ladang yang mempunyai tanah di atas milik sendiri untuk membina sebuah rumah yang selesa untuk didiami berpandukan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan. Kerajaan Negeri Selangor amat menitikberatkan nasib bekas pekerja ladang kerana golongan ini dianggap terpinggir dan tumpuan lebih harus diberikan kepada mereka dalam memastikan kebajikan mereka dijaga.

Lampiran

Tiada Lampiran.