PERUNTUKAN ADUN
147) PERUNTUKAN ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri kepada DUN Permatang pada tahun 2015?
Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sejumlah RM700,000.00 kepada kawasan Dewan Negeri Permatang pada tahun 2015. Pecahan peruntukan tersebut adalah meliputi RM500,000.00 disediakan kepada pihak Penyelaras Kawasan Dewan Negeri yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan RM200,000.00 disediakan untuk kegunaan Ahli Dewan Negeri Bukan
Peruntukan ini disediakan bagi tujuan pelaksanaan projek kecil, program mesra rakyat, sumbangan kemasyarakatan dan pengurusan pejabat yang telah disalurkan kepada semua pejabat daerah pada bulan Januari 2015 dan ia tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2015 : Garis panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Selangor.
