PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN
32) PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Tanah Daerah Petaling untuk pembangunan tanah seperti gelanggang permainan untuk kawasan DUN Subang Jaya pada tahun 2007 berbanding dengan tahun 2008 dan 2009?
Peruntukan yang diterima pada tahun 2007 oleh Pejabat Daerah Petaling melalui Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM95,000.00 di bawah peruntukan kecil khas luar Bandar (PEKA) dan tiada peruntukan di terima bagi tahun 2008 dan 2009.
