PERUNTUKAN KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

138) PERUNTUKAN KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di samping hasil kutipan cukai pintu dan bayaran perkhidmatan yang lain, Pihak Berkuasa Tempatan juga memperoleh peruntukan yang disalurkan daripada Kerajaan Negeri dan Pusat bagi membolehkan ia berfungsi dengan berkesan. Apakah jenis serta jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat kepada Pihak-pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini?

    Kerajaan Negeri telah menyalurkan sejumlah RM76,000,000.00 kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri (PBT) Selangor iaitu RM56,000,000.00 untuk penyelenggaraan jalan dan RM20,000,000.00 untuk penyelenggaraan Parit Monsoon.

    Manakala sejumlah RM50,537,240.00 telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada PBT iaitu RM46,907,240.00 melalui geran keseimbangan.

    Perincian tersebut adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.