PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KE KERAJAAN NEGERI
204) PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KE KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan lebih banyak peruntukan Kerajaan Persekutuan ke Selangor pada 2019?
Kerajaan Negeri akan terus mengadakan perbincangan-perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan melalui forum dan Majlis-Majlis yang telah diwujudkan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan kemajuan ekonomi, prasarana dan sosial di Negeri Selangor. Setakat ini, perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan dalam hal berkenaan telah membolehkan Negeri Selangor mendapat perhatian sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan.
