Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

79) PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KE KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri melalui jabatan-jabatan pada tahun 2016 dan jumlahnya.

    1. Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri yang diterima melalui jabatan dan agensi terlibat dan jumlah terimaannya pada tahun 2016 adalah seperti berikut :
    • Pemberian yang diterima dan diperakaunkan ke Akaun Amanah Negeri adalah :
    Bil. Peruntukan Kerajaan Persekutuan Jabatan/ Agensi yang terlibat Terimaan Tahun 2016

    (RM)

    1. Pemberian Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) Diperakaunkan ke dalam Akaun Amanah Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri.

    Jabatan yang terlibat perlu mendaftar dan mengemaskini jalan-jalan negeri di dalam Sistem MARRIS Online.

    Jabatan yang terlibat :

    (i)    Jabatan Kerja Raya

    (ii)  Pihak Berkuasa Tempatan

    (iii) Jabatan Pengairan dan Saliran

    (iv) Pejabat Daerah dan Tanah

    412,521,584.09

    (Januari – Oktober 2016)

    2. Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) Pemberian ini bertujuan membantu negeri-negeri yang tahap pembangunannya masih rendah.

     

    Terimaan TAHAP adalah berdasarkan tuntutan perbelanjaan Kerajaan Negeri pada tahun sebelumnya dengan nilai siling sebanyak RM15,959,000.00 setiap tahun.

     

    Diperakaunkan ke dalam Akaun Amanah Kumpulan Wang Pembangunan Negeri.

    Jabatan yang terlibat:

    (i)    Jabatan Agama Islam Selangor

    (ii)  Jabatan Pertanian

    (iii) Jabatan Kerja Raya

    (iv) Jabatan Pengairan dan Saliran

    (v)  Pihak Berkuasa Tempatan

    (vi) UPEN (Pembangunan)

    15,959,000.00

     

    • Pemberian yang diterima dan diperakaunkan ke Akaun Hasil Negeri adalah:

     

    Bil. Peruntukan Kerajaan Persekutuan Jabatan/ Agensi yang terlibat Terimaan Tahun 2016

    (RM)

    1. Pembiayaan Perbelanjaan Mengurus Bagi Jabatan-Jabatan Di Bawah Senarai Bersama (50%) Kerajaan Persekutuan akan membiayai 50% dari kos perbelanjaan di bawah Senarai III – Senarai Bersama, Jadual Kesembilan.

    Jabatan yang terlibat:

    (i)    Jabatan Kebajikan Masyarakat

    (ii)  Jabatan Perkhidmatan Haiwan

    (iii) Jabatan Pengairan dan Saliran

    (iv) Majlis Sukan Negeri Selangor

    (v)  Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

    61,853,627.00
    2. Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10% Kerana Penglibatan Kakitangan Kerajaan Negeri Dalam Melaksanakan Projek-Projek Persekutuan Kerajaan Negeri dibenarkan menuntut sejumlah bayaran perkhidmatan bagi projek Persekutuan yang dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan negeri.

     

    Jabatan yang terlibat:

    (i)    Jabatan Kerja Raya

    (ii)  Jabatan Pengairan dan Saliran

    (iii) Jabatan Pertanian

    (iv) Pihak Berkuasa Tempatan

    (v)  Pejabat Daerah dan Tanah

    (vi) UPEN (Pembangunan)

    3,923,576.00

     

    • Pemberian Kerajaan Persekutuan yang disalurkan terus kepada Pihak Berkuasa Tempatan adalah:

     

    Bil. Peruntukan Kerajaan Persekutuan Jabatan/ Agensi yang terlibat Terimaan Tahun 2016

    (RM)

    1. Bantuan 50% daripada Kerajaan Persekutuan bagi membayar Bil Elektrik (lampu jalan dan lampu isyarat) dan disalurkan terus kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Data diperolehi daripada PBT Negeri Selangor dan diperakui oleh Pegawai Kewangan Negeri sebelum dihantar ke Kementerian Kewangan Malaysia.

     

    Terimaan ini disalurkan terus oleh Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan kepada  Pihak Berkuasa Tempatan.

    24,673.944.00

     

    Walau bagaimanapun pada tahun ini, Pemberian Pertambahan Hasil tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kerana penurunan hasil Kerajaan Persekutuan sebanyak 0.7% pada tahun 2015 berbanding tahun 2014.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.