Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
166) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DESA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan wang pembangunan desa yang telah dilaksanakan dari tahun 2017-2018 mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor?
Peruntukan Wang Pembangunan Desa melibatkan dua (2) Vot iaitu Vot 02003 – Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi dan Vot 02004 – Program Pembangunan Desa.
Pada tahun 2017, sejumlah RM869,400.00 telah disalurkan kepada 9 buah daerah bagi tujuan Program Anugerah Kampung Tradisi (Kampungku Kesayanganku) dan Program Pembangunan Desa. Manakala bagi tahun 2018 pula, peruntukan berjumlah RM434,500.00 disalurkan hanya kepada 5 buah daerah terpilih.
Ini menjadikan jumlah peruntukan wang pembangunan desa bagi tahun 2017-2018 adalah berjumlah RM1,303,900.00.
Jumlah peruntukan yang disalurkan mengikut daerah adalah seperti Jadual 1 berikut:
Jadual 1
DAERAH 2017 (RM)
2018 (RM)
Petaling 96,600.00 – Gombak 96,600.00 – Klang 96,600.00 86,900.00 Kuala Langat 96,600.00 86,900.00 Hulu Langat 96,600.00 86,900.00 Sepang 96,600.00 – Kuala Selangor 96,600.00 86,900.00 Hulu Selangor 96,600.00 – Sabak Bernam 96,600.00 86,900.00 JUMLAH RM869,400.00 RM434,500.00 Sumber : Seksyen Sektoral