Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

246) PERUNTUKAN PWB

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan PWB yang telah dibelanjakan kepada setiap DUN dan bagaimanakah komitmen ADUN untuk mengetahui aliran kewangan tersebut?

    Kerajaan Negeri amat memandang serius dengan pembangunan akar umbi khususnya kepada golongan wanita dalam Negeri Selangor. Justeru itu, melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB), Kerajaan Negeri telah menyalurkan memperuntukkan sebanyak RM30,000.00 kepada setiap PWB bagi melaksanakan program-program pembangunan wanita sepanjang tahun 2015. Peruntukan ini diletakkan dibawah bidang kuasa Pejabat Daerah bagi tujuan pemantauan dan memudahkan permohonan peruntukan pelaksanaan program- program oleh PWB mengikut tatacara dan peraturan kewangan semasa. Berikut adalah laporan perbelanjaan yang telah dilakukan oleh setiap PWB mengikut Daerah seperti di Lampiran 1.

    Seperti yang semua sedia maklum, PWB ini diwujudkan mengikut kawasan Dewan Negeri (DUN) dan bersekali dengan manual prosedur operasi MOP). Sehubungan itu, perjalanan operasi PWB adalah mengikut peraturan dan tatacara seperti di dalam manual prosedur operasi tersebut.

    Justeru itu, melalui format kertas kerja cadangan program yang akan dipohon oleh PWB DUN kepada Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, proses yang perlu dilalui adalah kertas kerja itu perlu disemak dan disokong oleh Ahli Dewan Negeri (ADUN) atau Penyelaras DUN kawasan tersebut. Sehubungan itu, pihak ADUN atau Penyelaras DUN seharusnya terkait dalam urusan program-program PWB dan aliran kewangan PWB tersebut secara tidak langsung.

Lampiran

Tiada Lampiran.