Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

69) PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN ADAT MELAYU & WARISAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang dibelanjakan untuk projek pembangunan Adat Melayu & Warisan Selangor?

    Jumlah perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor untuk Rancangan Malaysia Ke 10 adalah RM 7,189,752.09 (Ringgit Malaysia : Tujuh Juta Satu Ratus Lapan Puluh Sembilan Ribu Tujuh Ratus Lima Puluh Dua dan sen Sembilan sahaja) dari RM 13,280,000.00 ( Tiga Belas Juta Dua Ratus Lapan Puluh Ribu Sahaja) yang telah diterima. Ianya bersamaan 139%.

Lampiran

Tiada Lampiran.