PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) YANG MENGALAMI DEFISIT
64) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) YANG MENGALAMI DEFISIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang masih mengalami defisit kewangan.
Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan 12 PBT Negeri Selangor berada di dalam keadaan yang baik. Ianya boleh dilihat melalui kedudukan rizab tunai yang direkodkan, di mana ia menggambarkan kemampuan kewangan PBT untuk menampung keseluruhan liabiliti atau tanggungan semasa PBT masing-masing.
Sehubungan itu, tiada PBT Negeri Selangor yang mencatatkan defisit berdasarkan Penyata Kewangan Tahun 2015 yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Walau bagaimanapun, jumlah rizab tunai PBT bagi tahun 2016 masih dalam semakan Jabatan Audit Negara. Butiran terperinci rizab tunai PBT Negeri Selangor adalah seperti jadual berikut:
KEDUDUKAN RIZAB PBT SELANGOR DARI TAHUN 2014 SEHINGGA 2015
YANG TELAH DIAUDIT
PIHAK BERKUASA
TEMPATAN
RIZAB TUNAI (RM JUTA) TAHUN 2014 TAHUN 2015 MBSA 370.84 401.13 MBPJ 420.85 411.22 MPK 28.86 82.89 MPAJ 92.87 107.91 MPSJ 128.49 102.52 MPS 44.77 70.53 MPKJ 172.84 207.50 MPSP 133.04 192.29 MDKS (8.05) 12.17 MDHS 16.32 43.89 MDKL 28.77 35.03 MDSB 9.40 5.88 JUMLAH 1,439.00 1,672.96
