PKPS AGRO INDUSTRIES SDN BHD.

84) PKPS AGRO INDUSTRIES SDN BHD.

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan Kerajaan Negeri terhadap pembayaran balik pinjaman sebanyak RM30.10 juta yang diperolehi Premium Sanitised Products Sdn Bhd bagi menguruskan Projek Pemprosesan Salad dan Jus Buah-buahan Tropika?

    Pembayaran balik pinjaman sebanyak RM30.1 juta bagi menguruskan Projek

    Pemprosesan Salad dan Jus Buah-buahan Tropika

    1.1       Latar Belakang

    • PKPS Agro Industries Sdn. Bhd. (PAISB) telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama iaitu Premium Sanitised Products Sdn. Bhd. (PSP) bagi mengendalikan projek pemprosesan salad dan jus buah-buahan tropika. Rakan usaha sama ialah Icor Mirak (M) Sdn. Bhd. (IM). Produk-produk yang akan dikeluarkan adalah untuk dieksport ke pasaran Negara Timur Tengah.
    • Pinjaman daripada Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah RM30.1 juta telah diluluskan kepada PAISB.
    • Projek mula mengeluarkan produk salad dan jus buah-buahan tropika pada bulan Mei 2008 tetapi telah ditutup pada bulan Mac 2010 kerana faktor-faktor berikut:
    • Rancangan untuk mengeksport produk-produk yang dikeluarkan ke Negara Timur Tengah tidak dapat dilaksanakan. Penjualan di pasaran tempatan pula kurang mendapat sambutan.
    • Syarikat mengalami aliran tunai defisit sehingga memerlukan suntikan modal daripada PAISB untuk membiayai operasi syarikat.
    • Kerugian syarikat yang berterusan sehingga berjumlah RM11.9 juta.
    • Menanggung hutang sebanyak RM36.0 juta dengan pihak pembekal bahan mentah dan Kementerian Kewangan

    Malaysia.

    1.2      Garis Panduan

    (i) Memulihkan semula projek menggunakan bangunan kilang, mesin dan peralatan sedia ada.

    • Mencari dan mengenalpasti pihak yang berkeupayaan dari segi kepakaran, modal dan pemasaran untuk bersama-sama dengan PAISB dalam memulihkan semula operasi kilang pemprosesan salad dan jus buah-buahan tropika.
    • Melaksanakan projek pemulihan melalui Special Purpose Vehicle (SPV) baru yang tidak dibebani dengan hutang berjumlah RM30.1 juta.
    • Pulangan kepada PAISB daripada pelaburan dalam SPV ini akan diguna untuk membayar ansuran pinjaman RM30.1 juta.
    • Menyediakan peruntukan   kewangan     yang   mencukupi    bagi memulihkan semula projek.
    • Mencadangkan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk melupuskan pinjaman RM30.1 juta atau menjadual semula pembayaran balik pinjaman tanpa dikenakan bayaran faedah tambahan.
    • Akhir sekali, sekiranya semua ini gagal maka projek akan diserah balik kepada Kementerian Kewangan Malaysia mengikut terma perjanjian pinjaman yang ditandatangani.

Lampiran

Tiada Lampiran.