PLAZA PERANGSANG
218) PLAZA PERANGSANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Status terkini penyewa di Plaza Perangsang?
Blok menara Plaza Perangsang yang menempat ruang pejabat iaitu tingkat 2 hingga tingkat 17 mempunyai kadar penghunian (occupancy rate), hampir 100%. Manakala bagi tingkat 18 hingga tingkat 27 serta tingkat bawah (ground floor), yang dahulunya disewa oleh Hotel Quality Shah Alam, masih lagi kosong dan akan dibangunkan semula sebagai ruang pejabat/perniagaan, setelah mendapat kelulusan yang sepatutnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan.
Blok podium Plaza Perangsang, iaitu Aras 1A dan 1B mempunyai kadar penghunian, lebih kurang 33%. Kebanyakan penyewa tidak menyambung penyewaan mereka kerana hampir keseluruhan blok podium, semasa pembangunan semula nanti, perlu dibangunkan semula sebagai tempat letak kereta untuk memenuhi kehendak piawaian perancangan.
Lampiran A disertakan.
