POLISI PEMBERIAN BANTUAN OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

179) POLISI PEMBERIAN BANTUAN OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila huraikan apakah garis panduan baru bagi memohon bantuan jabatan ini kerana ramai mengadu permohonan mereka ditolak disebabkan permohonan yang tidak disokong oleh ADUN dari Barisan Nasional

    Pihak JKM menerima setiap permohonan bantuan JKM sama ada dari pemohon atau rujukan daripada mana-mana agensi melalui faks, surat, telefon atau datang sendiri ke pejabat. Semua permohonan akan disiasat dan diberi layanan yang sama tanpa mengira rujukan dari mana-mana Kelulusan daripada pihak JKM dalam pemberian bantuan kewangan adalah berdasarkan kepada kriteria dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pemohon akan dimaklumkan melalui surat mengenai keputusan permohonannya. Jika lulus, pemohon akan dimaklumkan tarikh bayaran yang akan diterima oleh penerima dan jika ditolak, sebab-sebab ditolak akan dinyatakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.